
Terdetik di hati untuk berkongsi entri
ini selepas sekali imbas membaca. Terasa syahdu. Rindu padanya di sana.
Pejam celik hampir 6 tahun arwah ayah meninggalkan aku. Kalau dulu, aku
seolah yakin takkan rasa sedih tanpa dia tapi semua perasaan tu hanya
ego seorang anak yang baru meningkat dewasa. Tanpa dia, tak mungkin aku
berada di sini. Korang baca kisah ini dengan penuh perasaan ye.
Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk
menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya
ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?