alt/text gambar

iklan

iklan

Sabtu, 18 Agustus 2012

KESALAHAN YANG SELALU DIBUAT PADA HARI RAYA..


Di sini aku nak kongsikan beberapa kesalahan di hari raya. Dah jadi kebiasaan kita kot sebab memang payah nak ubah. Sama-sama kita ubah diri menjadi lebih baik. Antaranya kesalahan yang biasa dibuat semasa hari raya : 
 

  
Bermegah-megah dengan persiapan raya yang melampau. Contohnya, tukar perabot baru, tv baru, meja baru. Kalau boleh semua nak baru.



Bersalaman antara lelaki dan wanita ajnabi. Masyarakat kita ni terlalu mementingkan adat dari agama. Nanti kalau tak salam ada pulak yang cakap sombong. Tak pasal-pasal first raya dah dapat dosa.

KOLEKSI PANTUN HARI RAYA...


Kedengaran takbir raya berkemundang menunjukkan bahawa esok bermulanya bulan Syawal. Sempena dengan itu, saya kongsikan disini koleksi-koleksi pantun raya. Sila lah ambik mana yang berkenan di hati.
Pantun 1:
Membeli mercun di Kedai Pak Ali,
Bermain mercun di tengah padang,
Bila bermain bising sekali,
Di kejar Pak Abu dengan parang.
Pantun 2:
Membeli diesel di kedai Ah Seng,
Untuk diisi di dalam pelita,
Baik si skema mahupun samseng,
Mohon ampun maaf dipinta.
Pantun 3:
Bila diumum esok nak raya,
Semua kanak-kanak beriye-riye,
Di hari raya semua bergaya,
Jangan lupe tutup aurat ye.
Pantun 4:
Pulang ke kampung di pagi raya,
Kampung terletak di Taman Kemboje,
Mendapat sampul di pagi raya,
Eh Pak Ngah, 2 ringgit je?.
Pantun 5:
Bile nak raya tertanya-tanya,
Tiada anak bulan, maka rayanya lusa,
Banyak bicara banyak dosanya,
Wahai rerakan, maafkan saya.

Rabu, 15 Agustus 2012

KEHEBATAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH






Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW.
Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" dalam hadis tersebut?

Minggu, 12 Agustus 2012

OUR CLASS LIFE: PEMBEDAHAN KATAK BERAMAI2 SMK RAJA SHAHRIMAN 4BEST 2012

     Assalamualaikum buat semua yang sudi membaca post yang ada dalam blog ini. Dalam banyak2 post yang ada dalam blog tida satu pun yang menceritakan kisah saya.Post kali ini saya ingin berkongsi pengalaman bersama anda dan terutamanya sahabat saya.Saya ingin kongsi pengalaman saya membedah katak,bukan semua orang boleh buat kerja yang pelik ni.Cikgu suruh belah katak dangan ikan,tapi saya belah katak je.Malas nak belah ikan sebab dah selalu tengok mak siang ikan kat rumah.
     Katak yang kami bedah kene bawa sendiri ,yang tak pahamnya kenapa budak asrama yang kacak2 belaka kene tangkap katak.Tapi tak pe redha jelah....Malam sehari sebelum tu kami suruh budak form2 yang tangkap katak,kami dapat lima ekor katak.Aku ada sorang kawan nama dia MAIE(name manje),dia memang takut dan geli dengan katak.
ne la Maie
comel tak..?
     Malam tu aku ada dalam bilik perp dengan Maie ,aku tak ikut tangkap katak sebab banyak kerja nak buat, tapi Maie tak ikut sebab geli.Lepas mereka habis cari katak mereka balik bilik prep dengan bekas katak.Masa tu Maie tengah study,sorang dari kami menghalakan bekas katak depen Maie.Apa lagi dia pon bangun lari lintang pukang...
      Tujuan kami tangkap binatang ni untuk buat experiment biology.Mase cikgu suruh bat experiment ne ade yang takut,geli,exited,tak de perasaan,yang seronok dan yang kabut pon ade.Di bawah aku ade letak gambar2 mase wat experiment katak.
ne la gambar bekas katak....
GAMBAR BUDAK KELAS 4 BESTARI(2012)
gambar ne tak semua

Senin, 06 Agustus 2012

Debat Awek Bertudung VS Awek Tak Bertudung


 Tak ada guna jika bertitle islam tapi berpakaian seperti ini. Gambar adalah hiasan sahaja.

Seorang awek yang tak bertudung bernama Lia post status pasal isu bertudung katFacebook. Status yang dia tulis "huh....sume yang tutup aurat tu dah konpem masuk syurga ke?" banyak dapat komen dan like dari kawan yang sebijik macam dia..Tetiba, ada sorang muslimah ne, namanya Suri balas komen Lia tu. 


Suri : Yang pasti tak tutup aurat konpem masuk neraka :)

Lia : Ala....tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak mengumpat orangsana sini.

Suri : Bila iblis tak mahu mengikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, maka dia menyalahkan perintah Allah itu..Katanya "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia..."Samalah dengan tudung, tudung yang disalahkan,"pakai tudung tak semestinya baik..bla..bla..bla..."

Lia : Macam kau tu bagus sangat nak tegur aku..ntah-ntah kau dulu lagi jahat.

Suri : Tidak ada larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu satu tuntutan. Selagi awak islam dakwah itu wajib..At least, orang yang kita dakwah tu insaf dan bertaubat :)

NUZUL AL-QURAN




Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

TAK KAN BACA JE,KOMEN LA SIKIT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...