alt/text gambar

iklan

iklan

Sabtu, 10 Desember 2011

CARA MEMAKAI SERBAN


SERBAN RASULULLAH SAW
Terdapat banyak hadis menceritakan mengenai serban Rasulullah SAW serta ciri-cirinya. Antaranya:
Daripada ‘Amir bin Huraits r.a, dia berkata:
“Saya pernah melihat Rasulullah SAW di atas mimbar, dan dikepalanya terdapat serban hitam yang Baginda SAW julurkan kedua hujungnya di antara kedua bahu Baginda SAW.” (Hadis diriwayatkan oleh Muslim r.a, Abu Daud r.a dan an-Nasaei r.a.)
Daripada Jabir r.a dia berkata:
“Pernah Rasulullah SAW masuk ke kota Mekah, sedang Baginda SAW memakai serban hitam.” (Hadis riwayat Muslim r.a, Abu Daud r.a, at-Tirmizi r.a, dan an-Nasaei  r.a.)

 Sebenarnya Baginda  Rasulullah SAW tidak menentukan apa-apa warna serban untuk dipakai umatnya. Kerana itu terkadang Baginda SAW memakai serban berwarna hitam, putih (baidha’), kelabu, Zatu Zuabah dan lain-lain warna. Memakai serban dikira sunnah fe’li (perbuatan) Baginda SAW.
TEKNIK MEMAKAI SERBAN IKUT SUNNAH
Daripada Ibnu Umar r.a, dia berkata:
“Rasulullah SAW membulatkan serban di atas kepalanya dan dimasukkannya dari belakang. Kemudian dilepaskan dari hujung di antara kedua belikat Baginda SAW.” ( Diriwayatkan Al-Baihaqi r.a dan at-Tabarani r.a)
Namun begitu, terdapat juga guru yang menurunkan ijazah kepada murid-muridnya. Ia bergantung kepada sanad yang diberikan. Terkadang teknik pemakaiannya sedikit berbeza dari segi teknik, tetapi tetap mempunyai hujung serban yang dilepaskan ke belakang. Berikut merupakan ilustrasi pemakaian serban yang dipraktikkan oleh para ilmuwan Islam di Yaman.
Bercerita soal hujung ekor serban, sebenarnya ia mempunyai kisah disebaliknya. Cerita ini adalah mengikut pendapat Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi r.a.
CERITA DI SEBALIK EKOR SERBAN
Diriwayatkan di dalam sebuah hadis yang dinukilkan dari pendapat Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi r.a. bahawa suatu ketika Rasulullah SAW terlambat menunaikan solat subuh sehingga mentari hampir terbit. Lalu Baginda SAW bersegera keluar untuk menunaikan solat subuh.
Seusai bersolat, Baginda SAW bersabda kepada para sahabat r.a dengan maksudnya: “Duduk dulu di tempat masing-masing, adakah kamu mengetahui apa sebabnya aku terlambat pada hari ini?”
“Malam tadi aku bangun bersolat mengikut apa yang dikehendaki Allah SWT,  kemudian aku merasa mengantuk lalu tertidur dan bermimpi melihat Allah Azza Wajalla Yang Maha Mulia dalam keadaan yang amat indah yang tak dapat digambarkan.
Allah berkata kepadaku: “Wahai Muhammad, adakah engkau mengetahui dalam perkara apa para malaikat diistimewakan?”
Aku menjawab: “Engkau saja yang mengetahuinya wahai Tuhanku (Aku ucapkan tiga kali).”
Lalu Allah SWT meletakkan tangan kuasaNya yakni (rahmat) di antara kedua bahuku sehingga aku merasakan kesejukan di atas dadaku. Ia pun melimpahkan ilmu orang-orang terdahulu dan yang terkemudian kepadaku. Dengan sebab itu aku pun mengetahui apa yang di antara langit dan bumi serta mengenali setiap sesuatu.
Selepas itu Allah SWT bertanya: “Adakah engkau mengetahui dalam perkara apa para Malaikat berbantah-bantah?”
Aku menjawab: “Ya, aku tahu.”
Allah SWT bertanya: “Dalam perkara apa dia?”
Aku menjawab: “Dalam perkara yang boleh menghapuskan kesalahan (dosa) dan dalam perkara yang boleh menambah amalan.”
Allah SWT bertanya: “Dalam perkara yang boleh menghapuskan kesalahan (dosa) apa dia?”
Aku menjawab: “Membasuh anggota wudhuk lebih hadnya di waktu musim sejuk di pagi hari bagi mengerjakan solat Subuh, melangkah kaki untuk menunaikan solat berjemaah dan menanti solat fardhu.”
Allah SWT bertanya: “Apa pula yang boleh menambah amalan.”
Aku menjawab: “Menyedekahkan makanan, saling mengucapkan salam, solat di tengah malam ketika manusia sedang tidur dan sesiapa yang memeliharanya, ia akan hidup dengan baik, mati dengan baik dan keluar dari dosanya sebagaimana halnya pada hari ia dilahirkan ibunya.”
Allah SWT berkata: “Wahai Muhammad SAW, engkau telah Berjaya, maka berdoalah.”
Aku berkata: “Wahai Tuhanku ajarilah aku.”
Allah SWT berkata: “Apabila engkau selesai solat, katakanlah:
Maksudnya: “Ya Allah, aku bermohon kepadaMu untuk melakukan segala kebajikan, untuk meninggalkan segala kemungkaran, untuk mengasihani orang-orang miskin, supaya Engkau mengampuniku, mengasihiku dan memberi taubat kepadaku, Apabila Engkau berkehendak memberi fitnah kepada satu-satu kaum, maka genggamlah aku supaya tidak mendapat fitnah. Aku bermohon kepadaMu cinta kasih untuk menyintaiMu, dan menyintai amal yang boleh menghampirkanku kepada menyintaiMu. Dan jadikanlah aku menyintaiMu lebih dari kesukaan (harapan) kepada air.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada kalangan orang yang mendengar syarahannya di masjid; “Kamu pelajarilah kalimat-kalimat ini dan kamu ajarkanlah, kerana ia adalah suatu kewajipan yang diperintah oleh Allah SWT.”
(Menurut Imam Muhammad bin Said al-Bukhari; martabat hadis ini ialah sahih)
Oleh kerana itulah, Rasulullah SAW meletakkan ekor serbannya di antara kedua bahu sebagai merakam mimpi berkenaan dan untuk dijadikan peringatan terhadap apa yang diterima Baginda SAW ketika bermimpi. Maka Baginda SAW meletakkan ekor serbannya di tempat Allah SWT meletakkan tangan kuasa yakni (rahmat) di bahu belakangnya.
Justeru, amalan sunnah (fadhoilul ‘amal) ini seterusnya diamalkan pula oleh ulama’-ulama’ dahulu kini dan Insha’Allah selama-lamanya.
Selamat beramal, dan jangan lupa juga untuk meneruskan kesinambungan SUNNAH TERBESAR Rasulullah SAW!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Assalamualaikum...
Tak,kan bace je kot komen lah sikit..
sikit pon jadilah..

TINGGALKAN MESEJ ISLAM ANDA DI BAWAH..

SYUKRAN JAZILAN.. ^_^

TAK KAN BACA JE,KOMEN LA SIKIT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...