alt/text gambar

iklan

iklan

Senin, 02 Juli 2012

KISAH TUKANG PANCUNG TERKENAL

tukang pancung kepala


Stesen televisyen Lebanon, LBC TV, pernah menyiarkan wawancara khas dengan Encik Abdallah pada 4 November 2006, antara tukang pancung paling masyhur di negara itu.
Antara ‘khidmat’ Abdallah termasuk memancung warga Indonesia, Ruyati Satubi, tidak lama dulu.Pelaksanaan hukuman mati itu dijalankan di kota Makkah dan mencetuskan bantahan di Indonesia. Ruyati, 54 tahun, disabit kesalahan membunuh majikan perempuannya dengan pisau potong daging.
Abdallah memulakan tugas pertamanya pada 1991, seminggu setelah ayahnya meninggal dunia.Beliau berusia 32 tahun waktu itu. Pada hari pertama bertugas, beliau memancung tiga orang.Pedang bernama ‘Sultan’ warisan ayahnya itu melengkung seperti bulan sabit dan panjang setengah meter.
Encik Abdallah mengaku gugup saat pertama memenggal kepala orang.
”Setiap orang akan gugup ketika memulakan pekerjaan baru kerana takut gagal,’ katanya.



Beliau mengaku telah memancung lebih 100 kepala.
Semasa kecil, Encik Abdallah pernah menyaksikan ayahnya memenggal kepala seorang pembunuh di depan gerbang Raja Abdul Aziz.
Beliau mengikuti ayahnya menjalankan tugas kerana ingin melihat organ pencernaan, sebagaimana dipelajari di sekolah.
” Namun, yang saya lihat ialah kepala manusia melayang. Dari lehernya darah mengalir seperti telaga. Cukup dan saya tak tahan lagi,”  ujarnya.
Malamnya, beliau susah tidur dan bermimpi ngeri.Arab Saudi mengenakan hukuman pancung ke atas pesalah kes bunuh.
Hukuman itu biasanya dibatalkan jika keluarga mangsa memaafkan pesalah, yang diharuskan membayar diyat (wang pengganti) yang ditetapkan keluarga mangsa. Menurut ahli psikologi daripada Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, Dr Turki Al-Atyan, syariat Islam memerintahkan hukuman mati dilaksana dengan cara memenggal kepala, bukan gantung atau tembak.
Bagi memuluskan tugasnya,  Abdallah memakai hanya pedang buatan Jowhar yang dibuat dari besi keras agar tidak mudah patah dan memang khusus bagi memancung kepala.
Ayah tiga anak itu berkata beliau tidak berasa apa-apa perbezaan ketika memancung pesalah lelaki atau perempuan. Bahkan, beliau mengaku pernah memenggal kepala temannya yang dikenakan hukuman mati.
Selain memenggal kepala, Abdallah melaksana hukuman potong tangan atau kaki. Pesalah potong tangan dibius dulu.
Abdallah berkata, syarat utama menjadi tukang penggal ialah seseorang itu tidak boleh berasa belas terhadap orang yang akan dipancung
” Jika saya kasihan akannya, dia akan menderita. Apabila hati ini berasa kasihan, tangan bakal gagal,” katanya.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Assalamualaikum...
Tak,kan bace je kot komen lah sikit..
sikit pon jadilah..

TINGGALKAN MESEJ ISLAM ANDA DI BAWAH..

SYUKRAN JAZILAN.. ^_^

TAK KAN BACA JE,KOMEN LA SIKIT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...