Tahukah
anda banduan 650 yang bernama Dr. Aafia Siddiqui adalah satu-satunya
banduan wanita yang ditahan dipenjara Bagram di Afghanistan di mana
penjara ini adalah khusus untuk banduan lelaki?
Inilah
hakikatnya yang dialami oleh banduan 650 yang bernama Dr. Aafia
Siddiqui. Beliau diculik pihak FBI Amerika pada 30 Mac 2003 di Pakistan
atas tuduhan mempunyai hubungan erat dengan Al-Qaeda di mana sehingga
sekarang tiada bukti dapat ditunjukkan oleh pihak FBI tentang hubungan
yang dikatakan itu.
Siapa
Dr. Aafia Siddiqui? Tiada siapa kenal baik masyarkat Malaysia dan Islam
diseluruh dunia dan tiada media di mana-mana kerajaan negara Islam yang
ingin mengambil tahu tentang Dr.Aafia ini kerana apa?
Kerana
diri kita ditimpa penyakit wahan dan assobiyah dan otak kita sudah
diprogram untuk tidak menganggap umat Islam yang lain sebagai saudara.
Buktinya, kita hanya simpati tapi tiada empati. Orang barat pula
menganggap nyawa umat Islam tiada nilai.
Jika
seorang wanita barat diculik oleh orang Islam setiap hari media di
seluruh dunia termasuk negara Islam akan mencanang cerita penculikan itu
kerana apa? kerana otak kita diprogram akan kasta orang barat sangat
tinggi. Aku mengambil inisiatif sebagai satu tanggungjawab seorang Islam
untuk disampaikan kepada masyarakat akan cerita wanita yang difitnah
oleh pihak Amerika dan sekutu kuatnya Pakistan yang bangsat lagi bacul.
Dr.
Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika
merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD
dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat
dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang
hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang
setara dan setanding dengan pendidikan beliau.
Beliau
diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita
sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri
mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka
hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang
dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar
wanita tersebut menjerit akibat disiksa.
Seterusnya
Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara
besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650.
Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada
Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan
beliau dan kenapa tidak dibicarakan.
Penipuan
Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya
terbongkar bersama skrip-skrip ****h untuk meyelamatkan maruah FBI
Amerika.
Semasa
di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan
dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas
lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh
pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut
amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya
selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga
sekarang.
Sehingga
kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak
Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika
dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan.
Amat
pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan
tersebut dilakukan di Afghanistan. Juga tiada bukti yang beliau
melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di
dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri.
Bukan
sahaja Dr.Aafia tetapi ramai lagi wanita Islam yang diculik oleh FBI dan
sekutunya tanpa diketahui dan dibicara dan akhirnya kita hanya
didedahkan wanita-wanita ini didera secara seksual seperti di penjara
Abu Gharib, Iraq.
Biarlah Dr. Aafia menjadi pemangkin pembebasan untuk wanita-wanita Islam yang ditindas di penjara-penjara Amerika seluruh dunia.
Tiada apa yang dapat aku sumbangkan melainkan doa, menyebarkan kisahnya di blog dan sain petisyen untuk pembebasan beliau.
Juga
jangan lupa boikot produk Amerika! Inilah cara jihad yang mampu kita
buat di bumi Malaysia. Allah tidak memandang kesannya tetapi memandang
usaha kita. Jika di akhirat nanti Allah bertanya apa yang aku telah
lakukan untuk saudara-saudara Islam yang tertindas, In Shaa Allah aku
mampu menjawabnya
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Assalamualaikum...
Tak,kan bace je kot komen lah sikit..
sikit pon jadilah..
TINGGALKAN MESEJ ISLAM ANDA DI BAWAH..
SYUKRAN JAZILAN.. ^_^