alt/text gambar

iklan

iklan

Senin, 14 Juli 2014

Malaysia akan Musnah-Membentuk masa depan murid tidak bijak akademik

Minggu lepas semasa sambutan Hari Guru, ramai yang kongsikan kertas soalan peperiksaan yang mengandungi jawapan2 lucu dan loyar buruk yang dijawab oleh murid2 sekolah di Malaysia yang bermacam2 ragam dan pasti memeningkan kepala guru2 masakini. Tapi setiap kali aku baca jawapan budak2 tu, aku tak rasa lawak pun malah sedih, sebab aku terfikir adakah mereka sudah bersedia dan dipersiapkan untuk menghadapi dunia luar setelah tamat zaman sekolah kelak? 

Gambar hiasan










Aku juga sedih bukan kerana mereka kurang pandai dalam pelajaran sehingga memaksa mereka menjawab soalan dengan jawapan lawak dan loyar buruk, tapi aku sedih kerana tak pasti bagaimanakah persediaan mereka untuk menghadapi dunia akan datang setelah keluar daripada kepompong jagaan ibu bapa.

Setiap orang dilahirkan tak sama. Ada yang dilahirkan dengan otak yang cerdas dan boleh menerima dan memahami pelajaran dengan baik dan bijak. Ada juga yang dilahirkan dengan otak yang kurang cerdas yang menyebabkan mereka tidak berminat dan sukar untuk memahami subjek yang diajar di sekolah. Golongan ini biasanya mempunyai minat dan bakat ke arah yang lain selain daripada bidang akademik.

Namun pada hari ini ibu bapa, cikgu2, pemimpin dan masyarakat kita hanya fokus dan menekankan kepada perkembangan akademik semata2, walaupun terdapat murid yang memang sukar untuk memahami pelajaran dan kurang berminat ke arah itu. Walau kita tahu dia memang kurang minat dalam akademik, kita terus tekan dan tekan suruh mereka belajar juga dengan banyak, paksa juga untuk ambil subjek susah2 seperti Biologi, Matematik Tambahan, Kimia, Perakaunan dan lain2 walaupun akhirnya mereka hanya akan mendapat gred yang rendah atau gagal. 


Sistem pendidikan kita hari ini tidak banyak menekankan kepada perkembangan pelajar yang tidak cemerlang dalam akademik. Mereka menghabiskan 3 4 tahun dengan membuat sesuatu yang mereka tidak mampu buat yang akhirnya mendapat gred yang teruk dan dipandang rendah. Ibu bapa pula walau tahu anak tidak boleh bawa lagi matapelajaran di sekolah, terus ditekan dan dipaksa untuk belajar seperti orang lain yang cemerlang dalam bidang akademik.

Sudah menjadi stigma dalam masyarakat kita bila melihat murid lain tidak pandai dalam akademik, terus dicop bodoh dan dipandang rendah sebab mentaliti orang kita yang dah kita tanamkan dalam budak2 muda, kalau nak berjaya dalam hidup nak tak nak mesti dapat keputusan bagus dalam peperiksaan, kalau keputusan rendah atau gagal dalam peperiksaan, anda takkan berjaya dalam hidup.

Kesudahannya setelah mereka ini tamat sekolah, sudahlah keputusan peperiksaan teruk, kemahiran lain pun tiada kerana ibu bapa dan masyarakat terus menerus menekan mereka supaya belajar dan tidak pula membentuk dan mempersiapkan mereka dengan kemahiran lain lantas menyebabkan mereka hilang punca selepas zaman persekolahan seterusnya menyebabkan mereka gagal dalam hidup kerana gagal berdikari sehingga akhirnya terus ditanggung oleh ibu bapa walau sudah dewasa.

Sebab itu dalam konteks ini, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam perkembangan anak2 mereka. Jika anak mereka memang sudah tidak mampu untuk belajar dengan prestasi akademik yang sangat teruk, sebagai ibu bapa kita perlu membekalkan dan menyiapkan anak2 kita dengan suatu kemahiran lain agar dia boleh terus menjalani kehidupan dengan sendiri dan berdikari terutama setelah ketiadaan kita. Kembangkanlah bakat dan kemahiran anak ke arah yang lain selain akademik seperti dalam bidang masakan, jahitan, pertukangan, mesin, lukisan, penulisan, sukan, perkomputeran dan lain2 yang dirasakan sesuai untuk anak mereka.


Nak mengharap para guru dan sistem pendidikan negara kita yang mengubah nasib anak2 
yang tidak bijak akademik tu memang jangan haraplah, sebab sistem pendidikan kita memang terlalu mementingkan akademik semata2 dan memberi jenis penilaian yang sama kepada semua murid baik yang bijak dalam akademik mahupun yang tidak, dan aku percaya ia tidak akan berubah sampai bila2. 


Aku ada seorang rakan, cikgu Miskon (bukan nama sebenar) yang merupakan cikgu matematik di sebuah sekolah menengah di pinggir bandar. Di kelasnya ada ramai murid melayu dan segelintir murid cina. Ada murid yang bijak, ada juga yang tidak bijak. Murid yang paling bijak dalam kelasnya adalah murid cina, namun ada juga 2 3 orang murid cina yang tidak bijak. Murid melayu pula yang bijak adalah dalam 5 6 orang manakala yang tidak bijak agak ramai.

Ada seorang budak cina yang tidak bijak ni memang langsung tak pandai dalam pelajaran. Dalam kelas selalu tidur, dalam peperiksaan pun dia cuma tulis nama dan jawab mana yang dia rasa boleh jawab, lepas tu terus hantar kertas jawapan. Tapi setiap kali lepas sekolah, dia terus pergi bengkel motor ayah dia dan kerja baiki motor kat situ.


Bila rakan aku cikgu Miskon tanya budak tu dia nak jadi apa bila dah besar nanti, dia cakap dia cuma mau jadi mekanik kerja baiki motor sahaja sebab itu sahaja yang dia minat dan mahir. Dia cakap lagi buat apa dia belajar teruk2 lagi untuk subjek berat2 sedangkan dia memang tahu dia memang dah tak boleh nak bawa dah subjek2 tu, so lebih baik dia tingkatkan kemahiran dalam bidang yang dia boleh pergi jauh. Ayah dia jugalah yang banyak memberi galakan serta mengajar kemahiran dalam bidang permotoran setelah tahu yang anaknya memang tak boleh pergi jauh dalam bidang akademik.

Berbeza pula dengan murid2 melayu yang tidak bijak dalam kelasnya. Lepas habis sekolah terus pergi ke siber kafe main Facebook, tengok Youtube cerita korea, ada pula yang pergi merempit, hisap dadah, pergi clubbing, jadi gangster, melepak kat shopping complex jumpa pakwe dan buat pelbagai aktiviti yang membuang masa dan tidak berfaedah. Ibu bapa pula jenis tidak kisah, sudah tahu anak tidak pandai namun dibiarkan sahaja tanpa inisiatif untuk mengasah dan mengembangkan kemahiran anak2 yang boleh digunakan untuk menyara hidup sendiri di masa akan datang.




Kalau sudah tahu anak tidak boleh pergi jauh dalam bidang akademik, kenapa tidak persiapkan mereka dengan bidang kemahiran yang lain? Kenapa tidak menghantar mereka ke kelas memasak, ajar mereka menjahit, bengkel mekanik, mengimpal besi, belajar muzik, seni lakon, komputer, lukisan, membela ikan, bercucuk tanam, berlatih sukan seperti bola sepak, badminton dan lain2, atau didik mereka dengan kemahiran berniaga?

Sebab itu suka tak suka, ibu bapa yang perlu memainkan peranan dalam memberi kemahiran alternatif kepada anak2 yang kurang bijak dalam bidak akademik. Sekurang2nya lepas tamat sekolah, mereka boleh terus berdikari tanpa perlu duduk makan tanggung berak cangkung bawak ketiak mak bapak lagi. Malah kisah benar, aku sendiri ada kenalan dan saudara mara yang sehingga umur 30-an 40-an pun masih tidak bekerja apa2, hanya menganggur duduk di rumah ibu bapa dan masih hidup ditanggung walau badan sihat walafiat.

Sedih.

via http://buasirotak.blogspot.com/2014/05/membentuk-masa-depan-murid-tidak-bijak.html

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Assalamualaikum...
Tak,kan bace je kot komen lah sikit..
sikit pon jadilah..

TINGGALKAN MESEJ ISLAM ANDA DI BAWAH..

SYUKRAN JAZILAN.. ^_^

TAK KAN BACA JE,KOMEN LA SIKIT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...