alt/text gambar

iklan

iklan

Minggu, 11 Januari 2015

Derma dan sedekah berbeza dengan membuang sampah..

Bersedekah atau menderma kepada golongan yang memerlukan itu adalah amalan yang mulia. Sumbangan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk, sama ada dalam bentuk duit, barangan, masa, tenaga, darah, organ dan sebagainya. Salah satu barangan keperluan yang sering orang sedekah adalah pakaian. Adalah lebih baik jika dapat menyumbangkan pakaian yang baru, namun pakaian yang terpakai juga sudah cukup baik. Tapi definisi pakaian terpakai adalah pakaian yang masih boleh dipakai, walau warna dah luntur sikit pun tidak apa, asal bukan pakaian buruk, lusuh, koyak rabak, baju dalam tahap sampah sarap yang kau sendiri pun tak sanggup nak pakai!

Buruknya sikap sesetengah rakyat Malaysia kerana ada antara ahli masyarakat menjadikan pusat pengumpulan barangan bantuan banjir sebagai tempat untuk 'membuang' pakaian-pakaian lama mereka.

Antaranya pusat pengumpulan bantuan banjir pertubuhan bukan kerajaan, Muslim Care Malaysia menerima antara lain sumbangan seluar dalam dan baju dalam sudah dipakai dan lusuh untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang kini melanda dengan teruk di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.

Setiausaha 1 Muslim Care, Abdul Razak Mohamed yang ditemui di pusat pengumpulan sementara bantuan mangsa banjir berkata, sejak pusat itu dibuka 25 Disember lalu sejumlah 5 tan pakaian terpakai telah disumbangkan kepada mereka.

"Kami terpaksa menggunakan tenaga sukarelawan yang terhad dan menghabiskan masa mengasingkan pakaian terpakai ini.

"Kira-kira 20 peratus daripada sumbangan pakaian terpakai terpaksa dibuang. Siapa mahu memakai pakaian dalam terpakai atau baju dan seluar yang telah koyak? tanya Abdul Razak ketika ditemui di sini hari ini.

Selain seluar dalam dan baju dalam terpakai ada segelintir masyarakat yang turut menyumbang kasut bertumit penuh perhiasaan dan kasut lusuh yang tapaknya telah tertanggal.

Pusat berkenaan kini tidak lagi menerima sebarang sumbangan berbentuk pakaian terpakai.

Sumber Utusan Malaysia.










Aku pun tak tau apa masalah sesetengah orang Malaysia ni. Ingat orang fakir miskin, mangsa banjir, mangsa musibah tu tong sampah korang ke? Dah la tu, bagi pulak spender, coli, baju tidur spaghetti. Kalau kat pasaraya, baju dalam yang baru pun diorang tak bagi kau cuba fitting, ini korang boleh pulak bagi baju dalam korang yang dah berdaki, berkurap dan bau hamis tu kat orang lain. Apa punya mentaliti ayam korang pakai ni?

Jangan pulak ada orang suruh bersangka baik, orang derma baju buruk untuk buat kain lap. Orang minta derma pakaian, yakni benda yang boleh dipakai, bukan minta derma kain lap. Kalau diorang minta derma kain untuk buat lap, baru bagi baju buruk.

Ingat, menderma pakaian...


...bukan tempat untuk kau buang sampah!





tags: derma sedekah sumbangan baju seluar pakaian terpakai baru beza tidak sama buang longgok sampah sarap tong tempat pengumpulan ikhlas orang miskin fakir mangsa banjir kebakaran kain buruk lap lusuh koyak baju dalam coli bra spender seluar dalam g-string thong pad wanita lingerie baju tidur nightgown tali spaghetti strap seksi clothes donation 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Assalamualaikum...
Tak,kan bace je kot komen lah sikit..
sikit pon jadilah..

TINGGALKAN MESEJ ISLAM ANDA DI BAWAH..

SYUKRAN JAZILAN.. ^_^

TAK KAN BACA JE,KOMEN LA SIKIT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...