alt/text gambar

iklan

iklan

Senin, 03 Desember 2012

Kisah Profesor Ateis dan Pelajar Muslim - Siri 1

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Berikut merupakan terjemahan sebuah buku berjudul "Siapa Yang Monyet?" untuk mengesahkan kebenaran ajaran Islam mengenai asal-usul manusia. Ia merupakan satu buku panduan yang penting dan mustahak untuk semua orang yang mahu memahami konsep asal kewujudan manusia menurut sudut pandang Islam. Ia juga sesuai untuk semua pelajar.

Senario berikut berlaku di sebuah institut pendidikan:

"Biar saya terangkan masalah sains dengan Tuhan..." Profesor falsafah berfahaman ateis itu berhenti sejenak di hadapan kelasnya kemudian meminta seorang pelajar barunya berdiri.

"Kamu seorang Muslim, benarkan wahai anak muda?"

"Ya, tuan."

"Jadi, kamu percayakan Tuhan?"

Sudah pasti!"

"Adakah Tuhan itu baik?"

"Benar! Tuhan itu baik!"

"Adakah Tuhan itu Maha Kuasa? Dapatkah Tuhan melakukan apa sahaja?"

"Ya."

Profesor tersebut tersenyum lebar dan berfikir sejenak. "Ini satu soalan untuk kamu: Katakan ada seorang sakit di sini dan kamu dapat menyembuhkannya. Kamu boleh melakukannya. Adakah kamu akan membantu dia? Adakah kamu akan cuba?"

"Ya, tuan, saya akan cuba."

"Jadi, kamu seorang yang baik ...!"

"Saya tidak akan mengatakan begitu."



"Mengapa kamu tidak mengatakan begitu? Kamu akan membantu seseorang yang sakit dan cacat jika dapat... Malah, kebanyakan kita akan berbuat begitu jika mampu... tetapi Tuhan tidak."

[Tiada jawapan.]

"Tuhan tidak, bukankah begitu? Saudara saya dulunya seorang Muslim yang meninggal dunia akibat kanser, meskipun dia berdoa kepada Tuhan untuk menyembuhkannya. Bagaimana Tuhan ini baik? Hmm? Bolehkah kamu jawab hal tersebut?"

[Tiada jawapan.]

Lelaki tua itu menunjukkan rasa simpati. "Tidak, kamu tidak bolehkan?"

Profesor itu meminum seteguk air dari gelas di atas mejanya untuk memberi ruang kepada pelajar itu bertenang. Dalam falsafah, tidak perlu terburu-buru dengan orang-orang baru. 

Gambar Hiasan: Profesor Ateis dan Pelajar Muslim Berdebat Mengenai Kewujudan Tuhan

"Mari mulakan sekali lagi, anak muda. Apakah Tuhan baik?"

"Err... Ya."

"Adakah Syaitan baik?"

"Tidak."

"Dari mana datangnya Syaitan?"

Pelajar itu tergugup-gugup.

"Dari... Tuhan..."

"Benar. Tuhan menciptakan Syaitan, bukankah begitu?"

Lelaki tua mengusap rambutnya yang tipis dan beralih kepada pelajar lain yang tersenyum puas.

"Tuan-tuan dan puan-puan, saya rasa kita akan mengalami banyak keseronokan semester ini."

Dia berpaling semula kepada pelajar Muslim. "Beritahu saya, anak muda. Adakah terdapat kejahatan di dunia ini?"

"Ya, tuan."

"Kejahatan ada di mana-mana, bukan? Adakah Tuhan mencipta segala-galanya?"

"Ya."

"Siapa yang menciptakan kejahatan?

[Tiada jawapan.]

"Adakah penyakit di dunia ini? Kebejatan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang mengerikan – adakah semua itu wujud di dunia ini?"

Pelajar Muslim tersebut hanya tunduk memandang kakinya. "Ya."

"Siapa yang menciptakan mereka?"

[Tiada jawapan.]

Tiba-tiba profesor itu menjerit kepada para pelajar. "SIAPA YANG MENCIPTAKAN MEREKA? TOLONG BERITAHU SAYA!" Profesor menghampiri dan merenung wajah pelajar Muslim tadi. Beliau bercakap dalam suara kecil dan perlahan, "Tuhan menciptakan semua kejahatan, bukankah begitu anak muda?"

[Tiada jawapan.]

Pelajar Muslim cuba untuk melawan pandangan profesor, tetapi gagal. Tiba-tiba pensyarah tersebut melangkah ke hadapan kelas seperti harimau kumbang tua yang gagah.

Pelajar di dalam kelas terpesona. "Beritahu saya..." sambung beliau, "Bagaimana mungkin Tuhan ini bagus jika Dia mencipta semua kejahatan sepanjang masa?" Profesor menghalakan tangannya ke sekeliling untuk melingkungi semua kejahatan dunia.

"Semua kebencian, kekejaman, kesakitan, penyeksaan, semua kematian yang sia-sia dan keburukan, dan semua penderitaan yang dicipta oleh Tuhan baik ini ada di seluruh dunia – bukahkah begitu anak muda?"

[Tiada jawapan.]

"Tidakkah kamu melihatnya di semua tempat? Huh?" Profesor berhenti sejenak. "Tidakkah kamu melihatnya?"

Profesor menyondong ke muka pelajar Muslim dan berbisik, "Adakah Tuhan baik?"

[Tiada jawapan.]

"Adakah kamu percaya kepada Tuhan, anak muda?"

Suara pelajar itu menentangnya, namun dengan suara yang terputus-putus, "Ya profesor, saya percaya."

Orang tua itu menggeleng sedih. "Sains mengatakan bahawa ada lima deria yang kamu gunakan untuk mengenal dan memerhati dunia di sekeliling kamu. Kamu tidak pernah melihat Tuhan, bukan?"

"Tidak, tuan. Saya tidak pernah melihat-Nya."

"Jadi ceritakan jika kamu pernah mendengar Tuhan kamu?"

"Tidak, tuan. Saya tidak pernah."

"Adakah kamu pernah menyentuh Tuhan kamu, merasa Tuhan kamu, atau menghidu Tuhan kamu? Malah, apakah kamu ada apa-apa persepsi indera tentang Tuhan kamu?"

[Tiada jawapan.]

"Tolong jawab soalan saya."

"Tidak, tuan. Saya khuatir tiada jawapan."

"Kamu KHUATIR ... tiada jawapan?"

"Tiada, tuan."

"Tapi, kamu masih percaya kepada-Nya?"

"Ya..."

"Itu perlukan KEYAKINAN!" Profesor berkenaan tersenyum kepada pelajarnya. "Menurut aturan protokol yang empirik, boleh diuji dan dibuktikan, sains mengatakan bahawa Tuhan kamu tidak wujud. Apa pendapat kamu tentang hal itu, anak muda? Di mana Tuhan kamu sekarang?"

[Pelajar itu membisu.]

"Sila duduk!"

[Pelajar Muslim itupun duduk, disentak dengan kekalahan yang nyata. Walau bagaimanapun, 'pertolongan Allah dalam genggaman dan kemenangan pasti datang.']

Seorang lagi Muslim yang memakai serban, berjanggut dan mudah dikenali sebagai Muslim melalui pakaiannya, mengangkat tangan.

"Profesor, bolehkah saya menerangkan kepada kelas?"

(bersambung ...) 


Baca selanjutnya: http://jomstadi.blogspot.com/2012/11/kisah-profesor-ateis-dan-pelajar-muslim.html#ixzz2DxriBAPv
Follow us: @JomStadi on Twitter | JomStadi on Facebook

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Assalamualaikum...
Tak,kan bace je kot komen lah sikit..
sikit pon jadilah..

TINGGALKAN MESEJ ISLAM ANDA DI BAWAH..

SYUKRAN JAZILAN.. ^_^

TAK KAN BACA JE,KOMEN LA SIKIT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...