alt/text gambar

iklan

iklan

Senin, 03 Desember 2012

Kisah Profesor Ateis dan Pelajar Muslim - Siri 4 (Akhir)

Profesor mengetap giginya, merenung para pelajar dengan senyap dan keras. "Profesor, memandangkan tiada siapa pernah memerhatikan proses evolusi berlaku dan tidak dapat membuktikan proses ini sebagai satu ikhtiar yang berterusan, bukankah tuan mengajar satu doktin – satu pegangan yang bocor seperti penyaring dan kurang penghargaan berbanding ajaran teologi lainnya? Ini adalah pseudo-sains, bukan sains, dan pendokongnya tidak lain hanyalah saintis yang jahil!"

Profesor menjadi tidak keruan. "Kurang ajar!" Beliau tercungap-cungap dan mundar-mandir di hadapan para pelajar, akhirnya berjaya mendapat mengawal diri.

"Demi perbincangan falsafah kita, saya akan maafkan kebiadapan kamu, anak muda. Sekarang, kamu dah habis?" Desis profesor.

"Tuan, tuan tidak menerima etika moral Tuhan dalam melakukan kebenaran?"

"Saya percaya dalam apa yang ada – itulah sains."

"Maafkan saya tuan, apa yang tuan yakini bukanlah sains, tetapi hanyalah psuedo-sains – dan psuedo-sains tuan juga tidak sempurna!



"PSEUDO-SAINS...? TIDAK SEMPURNA...?" Profesor melihat seolah-olah akan terkena sawan. Kelas menjadi gempar. Pelajar Muslim tetap tenang dan bersahaja, kelihatan sedikit senyuman di wajahnya.

Apabila ketegangan mula reda, dia menyambung, "Perhatikan, profesor, SAINS SEBENAR adalah untuk mencari atuan dan rekaan yang diletakkan Pencipta alam semesta ke dalam sistem perjalanan alam semesta, daripada mega sehinggalah kepada mikro, daripada yang dapat diukur kepada yang tidak dapat diukur. Pseudo-sains adalah agama ateis yang cuba menentang konsep ini dengan pemalsuan, manipulasi statistik, kebenaran yang tidak pasti dan lain-lain. Pseudo-sains mendakwa satu tenaga mistik yang tidak dikenali – dewa palsu buatan sendiri – menyebabkan Big Bang lalu memulakan satu proses evolusi yang bertentangan dengan kejadian sebenar. Golongan saintis ateis inilah yang cuba untuk menjustifikasikan kekarutan demi pembohongan melalui pemalsuan, ketidakpastian dan manipulasi data. Kebenaran pasti menang - kebenaran yang masuk akal yang dapat disimpulkan oleh sesiapapun, bahawa hanya ada satu Tuhan (Allah) Yang Maha Pencipta seluruh alam semesta. Dia menciptakan keseluruhan sistem di mana seluruh alam semesta berjalan sejak azali. Mari kita kembali ke hal yang tuan bangkitkan pada pelajar tadi dan yang saya katakan akan saya tangani kemudian. Saya akan berikan tuan satu contoh yang dapat difahami semua orang: Adakah sesiapa di dalam kelas yang telah melihat udara, molekul oksigen, atom, otak profesor?"

Gelak ketawa berderai di dalam kelas.
Hakikatnya, tidak semua perkara di dunia ini dapat dimengerti melalui panca indera manusia. Sumber gambar: http://stephaniebeeby.com/the-call-to-expanding-our-senses/

"Ada sesiapa di sini yang pernah mendengar otak profesor, menyentuh, menghidu, atau merasanya?" Semua membisu. Pelajar Muslim menggelengkan kepadanya. "Nampaknya tiada seorangpun di sini yang mempunyai apa-apa persepsi indera tentang otak profesor. Jadi, menurut aturan pseudo-sains yang empirik, boleh diuji dan dibuktikan sebagaimana yang dikatakan oleh pofesor sendiri, SAYA DENGAN INI MENGISYTIHARkAN bahawa profesor tiada otak!"

Profesor tua terduduk di kerusinya. Kumpulan pelajar bersorak sekali lagi dengan spontan.

Pelajar Muslim menghampiri dan memberi profesor sedikit air. Seketika kemudian, beliau pulih. Beliau merenung para pelajar. "Penghinaan kamu langsung tidak membuktikan kewujudan Tuhan."

Pelajar Muslim menjawab, "Profesor, saya sangat terkejut. Saya kira tuan akan mengalah. Nampaknya tuan mahu lebih banyak hukuman."

Dia berhenti sejenak, memerhatikan para pelajar dengan teliti sebelum memandang profesor. Dengan keluhan berat dia berkata lagi kepada profesor. "Tuan, tuan ada orang tua – tuan ada ayah dan ibu?"

"Satu lagi soalan bodoh kamu. Jelas bahawa kita semua mempunyai ibu bapa."

"Sabar, tuan. Apakah tuan pasti bahawa bapa tuan ialah bapa tuan yang sebenar, dan ibu tuan ialah ibu yang sebenar?"

Profesor berang. "Tak masuk akal! TENTU SAJA, BAPA SAYA IALAH BAPA SAYA DAN IBU SAYA IALAH IBU SAYA!" jeritnya.

Pelajar Muslim berhenti. Semakin lama. Tiba-tiba timbul satu atmosfera ngeri apabila pelajar Muslim duduk di hujung kerusi. Dengan suara yang tenang dan terkawal, dia berkata, "Buktikan kepada saya!"

Suasana menjadi tegang. Profesor tidak dapat mengawal diri. Keributan terpancar di wajahnya. "BERANI KAMU!" Beliau menjerit lebih kuat, betul-betul marah. "CUKUP DENGAN PENGHINAAN KAMU..! KELUAR DARI KELAS SAYA..! SAYA AKAN LAPORKAN KAMU KEPADA REKTOR...!"

Para pelajar tergamam dengan peritiwa itu. Apakah profesor akan terkena sawan atau strok?

Pelajar Muslim tetap di tempatnya, tidak tergugat. Sambil mengangkat tangan dia menghadap kepada para pelajar, meyakinkan mereka bahawa tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan. Dia lalu memandang profesor dengan simpati. Satu tenaga umpama muncul dari pandangannya, diarahkan pada profesor. Profesor mengalih pandangan. Renungannya jatuh. Kemarahannya reda. Beliau terduduk kembali di kerusi dan memegang kepalanya.

Selepas beberapa minit, pelajar Muslim bersuara dengan perlahan. "Profesor, saya tidak bermaksud bahawa ibu bapa tuan bukan orang tua tuan. Apa yang saya ingin katakan adalah tiada siapapun di dalam kelas ini, termasuk tuan dan saya dapat buktikan bahawa ibubapa kita adalah orang tua kita atau tidak."

Sepi.

"Ini kerana kita tidak menyaksikan persetubuhan ibu bapa semasa kita dihamili. Kita tiada waktu itu untuk mengenalpasti sperma siapa sebenarnya yang menyuburkan ovum di dalam rahim ibu kita. Kami hanya mempercayai kata-kata ibu bapa kita bahawa mereka adalah orang tua kita. Kita anggap mereka jujur dan benar dalam hal itu. Kita tidak mempersoalkan integriti mereka. Dalam cara yang sama, anak-anak tuan harus mempercayai kata-kata tuan bahawa tuan ialah bapa mereka dan isteri tuan benar-benar ibu mereka. Bukankah begitu, profesor?"

Profesor mendongak kepalanya. Beliau memandang pelajar Muslim. Kemarahannya mula reda setelah dapat sedikit kefahaman. Kemarahan itu hilang. Dengan perlahan-lahan dia mengulangi, "Kita percaya kata-kata ibu bapa kita... Kita percaya kata-kata ibu bapa kita..."

"Ya, profesor. Terdapat banyak perkara yang perlu kita percaya berdasakan perkataan orang lain. Kewujudan udara, oksigen, molekul, atom, dan sebagainya. Jadi, apabila timbul persoalan mengenai perkara yang metafizik, melalui penyelidikan saintifik sebenar kita tahu bahawa tiada manusia di dunia yang lebih jujur dan boleh dipercayai selain daripada mereka yang digelar Rasul. Kami sebagai Muslim sedia mengorbankan kehidupan kami pada hakikat bahawa Nabi Muhammad (Sejahtera dan salam ke atas baginda) mempunyai watak yang benar-benar sempurna. Baginda tidak pernah berbohong kepada sesiapa. Integriti beliau dikenali sehinggakan musuhnya turut menggelar baginda sebagai 'Al-Amin' (yang Jujur). Jika baginda bersabda bahawa Allah SWT itu wujud – dan kita percaya perkataan ibu bapa kita bahawa mereka adalah orang tua kita yang sebenar – maka dalam semua keikhlasan dan kejujuran, kita wajib mempercayai baginda, sepertimana juga kita perlu mengimani perkara lain – kewujudan syurga dan neraka; kewujudan para malaikat; kedatangan hari kiamat; pertanggungjawapan terhadap semua perbuatan kita di dunia ini; dan banyak konsep lainnya. Selain daripada hal ini, terdapat banyak petunjuk lain mengenai kewujudan Allah SWT. Wahyu terakhir yang dinamakan 'Al-Quran' ada untuk dipelajari oleh sesiapapun. Ia mempunyai cabaran tertentu untuk mereka yang meragui. Cabaran-cabaran ini tidak dipenuhi sejak 1400 tahun kewujudannya. Jika seseorang tidak bersedia untuk percaya kepada Rasul (Sejahtera dan salam ke atas baginda) seperti baginda, maka adalah satu kepura-puraan yang nyata untuk mempercayai perkataan saintis, yang doktrinnya kerap berubah, apalagi percaya pada kata-kata ibu bapa kita. Berdasarkan bilangan tuntutan perundangan yang berlaku etiap tahun di mahkamah kita, di mana ibubapa mengabaikan tanggungjawab terhadap keturunan mereka, serta mengambil kira jumlah tak terkira bayi yang lahir hasil daripada pendermaan sperma oleh lelaki asing, temasuklah hakikat bahawa banyak bayi diangkat sebagai anak sendiri oleh pasangan yang tiada anak, secara statistiknya wujud satu ruang kesilapan yang besar dalam tuntutan bahawa ibubapanya benar-benar orang tuanya.

Pelajar Muslim menyimpulkan sambil menghadap para pelajar. "Adalah menjadi kewajipan setiap individu untuk belajar lebih lanjut mengenai Islam. Al-Quran ada untuk dipelajari oleh semua orang. Tulisan-tulisan juga cukup disediakan mengenai Islam. Tugas saya untuk menyampaikan bahawa satu-satunya kebenaran adalah Islam. Tiada paksaan dalam beragama. Sesungguhnya telah jelas yang benar dari jalan yang salah; dan sesiapa yang menolak sembahan palsu dan beriman kepada Tuhan, telah berpegang kepada tali teguh yang tidak akan putus; dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Selain memaklumkan anda, juga menjadi kewajipan saya menjemput anda semua untuk menyertai persaudaraan Islam dengan memeluk Islam. Allah ialah Pelindung orang-orang yang beriman, Dia mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada cahaya. Adapun orang-orang yang kafir, penolong mereka ialah taghut. Mereka dibawa daripada cahaya kepada kegelapan... Itulah ayat-ayat dari Al-Quran – Perkataan Yang Mahakuasa – yang telah saya nyatakan kepada anda."

Pelajar Muslim itu melirik jam di tangannya. "Profesor dan rakan pelajar sekalian, saya berterima kasih kerana memberi saya peluang untuk menjelaskan isu-isu ini kepada anda semua. Maaf, saya perlu ke masjid untuk menunaikan solat. Sejahteralah orang-orang yang mendapat petunjuk."

Tamat. 


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Assalamualaikum...
Tak,kan bace je kot komen lah sikit..
sikit pon jadilah..

TINGGALKAN MESEJ ISLAM ANDA DI BAWAH..

SYUKRAN JAZILAN.. ^_^

TAK KAN BACA JE,KOMEN LA SIKIT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...