Muka profesor berubah warna dan hanya mampu tergagap tidak berdaya.
Pelajar Muslim memandang para pelajar dan memberi sedikit senyuman di bibirnya. "Sebenarnya, seseorang boleh pergi lebih jauh dan mengatakan bahawa sesiapa saja yang percaya dia berasal dari beruk, pasti dia seekor monyet!"
Beberapa detik diperlukan untuk kumpulan pelajar menangkap maksud jenaka pelajar Muslim berkenaan, dan seketika kemudian gelak tawa mereka pun berderai.
Apabila gelak ketawa para pelajar mula reda, pelajar Muslim menyambung. Sambil berpaling ke arah profesor, dia berkata, "Terlalu banyak lompang dalam doktrin evolusi yang bocor seperti ayak. Walau bagaimanapun, masa semakin suntuk – saya harus segera ke masjid untuk menunaikan solat – jadi kita tidak akan berurusan dengan semua mitos itu sekarang. Mari kita pergi ke topik moral yang tuan bangkitkan. Namun sebelum itu, mari kita bincang kejadian tentang saudara tuan yang mati akibat kanser. Jika tuan kecewa kerana dia meninggal dunia, maka tuan benar-benar bodoh. Hakikat bahawa manusia, sepertimana juga benda hidup yang lain pasti akan mati adalah fakta yang diketahui, ia dipercayai oleh semua orang, tanpa mengira sama ada mereka percaya kepada Tuhan atau tidak, dan tiada siapapun yang dapat menafikan proses kematian. Kedua, tuan tidak boleh begitu naif untuk menolak proses penyakit - sama ada kanser atau mana-mana penyakit lain, atau kemalangan, dan lain-lain – sebagai tanda untuk proses kematian. Bantahan tuan berpunca daripada salah faham bahawa 'kebaikan' adalah pengganti penderitaan, dan menyebabkan penderitaan adalah 'kejam'. Jika begitu profesor, maka tuan terpaksa bersetuju bahawa orang paling kejam di dunia ialah saintis penyelidik perubatan yang menggunakan haiwan untuk semua eksperimen dahsyat mereka. Pasti tuan tahu beribu-ribu haiwan diseksa dalam pelbagai cara dan diseksa demi membuktikan atau menyangkal tuntutan saintifik dan perubatan tertentu? Tidakkah eksperimen ini kejam? Tuan masih dengan saya, profesor?"
Profesor kelihatan agak tenat. Pelajar Muslim mendekati dan memberinya sedikit air untuk diminum.
"Profesor, saya akan tanya tuan satu lagi soalan yang jelas. Tuan tahu bahawa peperiksaan – ujian diberikan kepada pelajar bagi membolehkan mereka untuk lulus dan dinaikkan ke gred seterusnya?"
Profesor hanya mengangguk kepalanya.
"Seseorang pelajar perlu membuat pengorbanan tertentu, malah hidup jauh dari rumah, demi ke sesebuah universiti atau kolej; dia terpaksa melupakan semua keselesaan di rumah; dia dibebani dengan kerja; dia perlu mengorbankan masa lapang dan tidur demi membuat persediaan menghadapi peperiksaan; kemudian berdepan dengan pelbagai soalan yang sukar untuk dijawab malah mungkin saja ditanya bertalu-talu dalam ujian lisan – dan dia tetap harus membayar institusi tersebut untuk semua penyeksaan yang dilalui! Tuan tidak menganggap semua ini kejam? Apakah seseorang profesor itu 'baik' atas semua penderitaan mental dan fizikal yang diletakkan terhadap pelajarnya?"
"Saya tidak faham maksud kamu. Tentunya pihak institusi dan profesor membantu pelajar dengan meletakkan mereka dalam proses latihan demi melayakkan diri ke dalam bidang-bidang tertentu. Hanya orang yang berfikiran singkat sahaja akan membantah peperiksaan ke atas pelajar, tanpa mengira pengorbanan mereka."
Pelajar Muslim menggeleng sedih. "Profesor, amat menakjubkan cara tuan memahami keperluan ujian dan peperiksaan apabila tuan menetapkannya, tetapi tuan tidak dapat melihat kebijaksanaan yang sama apabila Allah SWT menetapkan cubaan dan ujian untuk makhluk-Nya. Saudara tuan misalannya, jika dia bersabar terhadap kesakitannya lalu meninggal dalam iman, dia akan mendapat ganjaran di syurga atas semua penderitaan yang dilalui di dunia ini. Sehinggakan dia berharap mengalami penderitaan ratusan kali lagi agar ganjarannya lebih besar, balasan yang tidak pernah dilihat dan dibayangkan! Malang sekali, 'hanya orang yang berfikiran singkat’ – dan orang yang jahil – akan menolak ujian yang diberikan Tuhan, ingat bahawa ganjaran abadi menanti mereka yang berjaya."
"Syurga? Huh! Pernahkah kamu melihat syurga, menyentuh, menghidu, merasa, atau mendengarnya? Menurut hukum protokol yang empirik, boleh diuji dan dibuktikan, sains mengatakan bahawa syurga kamu tidak wujud."
"Kita juga akan bincangkan hal itu, insya-Allah. Mari kita teruskan. Beritahu saya profesor, adakah haba itu wujud?"
Profesor itu kini tenang dan berasa lebih yakin. "Ya, haba wujud.”
"Adakah sejuk wujud?"
"Ya, sejuk juga ada."
"Tidak, tuan. Tidak ada!"
Profesor hanya merenung kosong. Pelajar tersebut menjelaskan, "Tuan boleh memiliki haba, lebih banyak haba atau sedikit haba, tiada haba di kutub bertentangan – tetapi kita tiada sesuatu yang dipanggil 'sejuk'. Kita dapat capai 458 darjah di bawah sifar, yang tiada haba, tetapi kita tidak dapat pergi lebih jauh lebih daripada itu. Tidak ada sesuatu seperti 'sejuk', jika tidak, kita pasti mampu untuk pergi lebih sejuk daripada 458 darjah di bawah sifar. Begini tuan, 'sejuk' hanyalah satu perkataan yang kita guna untuk menjelaskan ketiadaan haba. Kita tidak dapat mengukur kesejukan. Kita dapat menilai haba dalam unit terma kerana ia adalah tenaga. Sejuk bukanlah lawan haba, tetapi ketiadaan haba semata-mata."
Sepi. Kedengaran bunyi pin terjatuh di dalam kelas.
Pelajar Muslim menyambung. "Apakah kegelapan itu wujud, profesor?"
"Itu satu soalan bodoh, anak muda. Malam itu apa kalau bukan gelap? Apa yang kamu tahu...?"
"Jadi, tuan mengatakan kegelapan itu wujud?"
"Ya..."

"Salah lagi, tuan! Kegelapan bukan satu entiti – ia disebabkan oleh ketiadaan satu entiti. Ketiadaan cahaya. Seseorang boleh saja mempunyai cahaya yang samar, cahaya normal, cahaya terang atau cahaya memancar. Jika seseorang selalu ketiadaan cahaya maka dia tiada apa-apa, dan ini dipanggil kegelapan, bukan? Itulah maksud yang kita guna untuk mentafsir perkataan tesebut. Pada hakikatnya, bukan gelap. Jika benar, seseorang pasti mampu mewujudkan kegelapan dalam cara positif dan membuat kegelapan lebih gelap serta menyimpannya di dalam bekas. Bolehkah tuan mengisi balang dengan kegelapan yang lebih gelap untuk saya, profesor?"
"Boleh jelaskan pada kami maksud kamu, anak muda?"
"Ya, profesor. Maksud saya asas falsafah tuan tidak sempurna untuk dijadikan permulaan, sekaligus kesimpulan tuan juga pasti akan salah. Tuan tidak saintifik, tapi pseudo-saintifik!"
Profesor tua naik berang. "Tidak sempurna...? Berani kamu...!"
Pelajar Muslim itu tenang dan bersahaja, lalu dia bersuara lembut seolah-olah sedang bercakap dengan seorang anak kecil. "Tuan, boleh saya jelaskan maksud saya?"
Kumpulan pelajar menganggukkan kepala dengan penuh minat. Mereka memberi tumpuan sepenuhnya. Profesor tiada pilihan selain bersetuju. "Jelaskan... oh, jelaskan..." Beliau melambaikan tangan acuh tak acuh dalam usahanya mencari kekuatan. Dia tiba-tiba berlembut sendiri. Semua pelajar senyap, menanti.
"Tuan berpegang pada prinsip dualiti,” jelas pelajar Muslim, “misalannya, ada kehidupan dan kematian, dua entiti berbeza, Tuhan yang baik dan Tuhan yang jahat. Tuan melihat konsep Tuhan sebagai satu entiti yang terbatas, satu entiti yang dapat diukur. Tuan, sains sendiri tidak berupaya menjelaskan apa itu satu pemikiran. Ia perlukan daya elektrik dan magnet, namun tidak pernah terlihat, hanya sedikit saja yang difahami. Melihat kematian sebagai lawan kehidupan bermakna jahil tentang hakikat bahawa kematian tidak dapat wujud sebagai satu entiti tersendiri. Kematian bukanlah lawan kehidupan, sebaliknya ketiadaan kehidupan semata-mata."
Anak muda itu mengambil akhbar dari meja pelajar lain. "Ini ialah satu daripada tabloid paling menjijikkan yang diusahakan oleh negeri ini, profesor. Adakah kerosakan moral itu wujud?"
"Tentunya wujud. Lihat saja sekarang..."
"Salah lagi, tuan. Begini, tidak bermoral bermaksud ketidakhadiran moral. Wujudkah ketidakadilan? Tidak, tuan. Ketidakadilan hanyalah bermakna ketiadaan keadilan. Wujudkah kejahatan?" Pelajar Muslim berhenti sejenak. "Bukankah jahat itu ketiadaan kebaikan?"
Muka profesor itu berubah merah. Beliau amat marah kerana terdiam sementara.
Pelajar Muslim menyambung. "Jika wujud kejahatan di dunia ini, profesor – dan kita semua setuju tentangnya – tentunya Tuhan melaksanakan beberapa kerja melalui agen kejahatan. Apakah kerja yang dilakukan Tuhan itu? Allah SWT berfirman dalam surah Al-Anbiya’ ayat 35 dalam Al-Quran: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. Islam mengajar bahawa kita dinilai untuk memilih yang baik di atas kejahatan. Mengenai soalan tuan tentang syaitan: Dari mana datangnya syaitan? Dan Tuhan menciptakan syaitan, bukankah begitu? Disebutkan dalam Al-Quran bahawa syaitan tidak menjadi jahat, tetapi selepas dia menolak perintah Allah dan menjadi musuh manusia. Allah SWT berfirman dalam surah Ibrahim ayat 22: Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku dengan-Nya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya."
Profesor melawan. "Sebagai seorang saintis falsafah, saya tidak melihat perkara ini mempunyai kaitan dengan mana-mana pilihan; sebagai seorang realis, saya benar-benar tidak mengiktiraf konsep Tuhan atau mana-mana faktor teologi sebagai sebahagian daripada persamaan duniawi, kerana Tuhan tidak dapat dilihat."
"Saya sangka bahawa ketiadaan kod moral Tuhan mungkin salah satu fenomena paling nyata berlaku," jawab pelajar Muslim.
"Surat khabar menjana berbilion dolar dengan melaporkannya setiap minggu. Profesor, tuan cuba menyalahkan kejahatan dunia ini di bahu Tuhan – pada Tuhan yang tuan tidak percaya – yang merupakan satu percanggahan nyata. Walau bagaimanapun, mari kita analisis siapa sebenarnya yang bertanggungjawab menyebarkan kejahatan – mereka yang beriman dengan Tuhan, atau golongan yang tidak percaya? Kepercayaan asas yang dimiliki oleh seseoang Muslim adalah dibangkitkan pada Hari Pengadilan untuk menjawab semua tindakannya di dunia. Untuk setiap kebaikan yang dilakukan, dia akan mendapat ganjaran, dan setiap kejahatan yang telah dilakukan, dia akan bertanggungjawab. Setiap Muslim wajib percaya bahawa dia bertanggungjawab untuk tindakannya dan tiada orang lain akan menanggung bebannya di Hari Pengadilan. Konsep syurga sebagai ganjaran bagi orang-orang yang beriman dan neraka menjadi tempat tinggal golongan kafir, juga merupakan satu kepercayaan asas, sepertimana juga kepercayaan bahawa orang Islam sekalipun akan diazab atas kesalahan mereka. Profesor, konsep-konsep ini menghentikan jutaan Muslim daripada melakukan kesalahan. Kita semua tahu bahawa hukuman adalah penghalang jenayah yang kukuh. Tanpa konsep ini, kita tidak berupaya menjalankan urusan duniawi: denda, penalti, penjara adalah sebahagian daripada mana-mana sistem bertamadun. Di satu sudut lagi kita ada saintis ateis yang tidak meyakini konsep sebegini apabila ia dikaitkan dengan isu-isu moral. Tiada hari kiamat bagi mereka, tiada pertanggungjawapan, tiada ganjaran dan tiada hukuman. Mesej kepada orang ramai cukup jelas, yakni 'jika kamu dapat menerimanya maka kamu OK. Tiada apa yang perlu dibimbangkan’. Oleh kerana mereka menyatakan tidak ada perkara seperti dosa – dosa, dalam konteks kita, ertinya melanggar hukum-hukum Tuhan – setiap individu bebas melakukan apa sahaja yang diingini dan tiada tindakan boleh dilabelkan sebagai 'salah'. Biar saya jelaskan begini: para saintis ateis berkeras bahawa Tuhan tidak wujud. Jika Dia tidak wujud, maka Dia tidak boleh menetapkan hal yang benar dan perkara yang salah – justeru itu dosa tidak wujud – dosa bermakna menentang ajaran Tuhan. Jadi manusia bebas membuat peraturan sendiri, kod 'moral' sendiri. Maka lelaki 'berkahwin' dengan lelaki, wanita 'berkahwin' dengan wanita – yang menyebarkan AIDS dan penyakit lain adalah OK; perzinaan bukan lagi satu dosa selagi mereka yang terlibat 'akur'; sumbang mahram anak beranak juga tidak berdosa menurut logik ateis selagi pihak yang terlibat 'bersetuju', melihat perzinaan sesama ahli keluarga adalah satu dosa berdasarkan kod moral agama, sedangkan profesor secara mutlak menyatakan bahawa dia ‘sama sekali tidak mengiktiraf konsep Tuhan atau faktor teologi lain sebagai sebahagian daripada faktor duniawi'; membunuh bayi dalam rahim ibu mereka adalah dibenarkan – ia bermaksud memberikan ‘hak’ yang dimiliki wanita; dan sebagainya. Senarai 'peraturan' yang diluluskan oleh saintis sosial pseudo-sains yang berfahaman ateis tidak berkesudahan. Tahap kecurangan intelek mereka adalah untuk meletakkan semua kebejatan moral dan kotoran pada Tuhan! Mari kita lebih saintifik tentang keseluruhan isu ini, profesor. Ambil satu kumpulan orang yang meyakini Tuhan – yang percaya kepada-Nya sebagaimana Dia wajib diimani – dan ambil sekumpulan lagi orang yang mengikut fahaman ateistik tuan. Secara objektif, nilaikan siapa yang menyebarkan menyebarkan kejahatan. Saya tidak bermaksud untuk menyukarkan keadaan, tetapi mana-mana pemerhati yang tulus akan segera melihat bahawa pada hakikatnya, kelompok beriman kepada Tuhan yang menggunakan Hukum Allah Yang Maha Kuasa sebagai kod moral mereka menyebarkan kebaikan; sedangkan orang-orang yang membentuk peraturan 'moral relatif' mereka sendiri sebenarnya golongan yang menyebarkan kejahatan ke serata dunia."
Pelajar Muslim berhenti untuk kenyataan penting tersebut dicerna. Mata pelajar di dalam kelas terbuka luas setelah memahami hal ini dengan lebih jelas. Tiada siapa yang pernah menjelaskan isu penting sebegini kepada mereka sebelumnya, hanya disuap dengan hamburan cacian yang dilempar oleh media massa.
"Profesor, saya kagum tapi tidak terkejut pada sikap saintifik tuan terhadap moraliti. Saya kagum walaupun tuan percaya bahawa manusia berkembang daripada beruk, dia tidak akan berkelakuan seperti haiwan! Saya kagum walaupun tuan tidak percaya pada malaikat, tuan mengharapkan manusia untuk berkelakuan seperti malaikat dengan kerelaannya sendiri, tanpa bantuan kod moral Ilahi. Saya tidak terkejut kerana pemikiran yacau sebegitu memang dijangkakan dari golongan yang mempecayai ajaran palsu ateisme!"
Tepukan spontan bergema di dalam kelas.
"Kita sudah bincangkan tentang evolusi, professor. Pernahkan tuan memerhatikan evolusi dengan mata sendiri?"
(bersambung ...)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Assalamualaikum...
Tak,kan bace je kot komen lah sikit..
sikit pon jadilah..
TINGGALKAN MESEJ ISLAM ANDA DI BAWAH..
SYUKRAN JAZILAN.. ^_^