alt/text gambar

iklan

iklan

Sabtu, 16 Agustus 2014

Apabila pekerja muslim tidak bebas beribadat

Saya terbaca di satu blog mengenai Mcdonald Malaysia melarang pekerja lelakinya menunaikan solat Jumaat. Namun saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya. (Mohon pencerahan)

Jadi saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya bekerja sambilan sejak berumur 18 tahun.

Sewaktu berumur 18 tahun, saya pernah bekerja di sebuah pasaraya besar di Jitra, Kedah. Namun syarikat terbabit tidak membenarkan staf lelaki Muslim solat Jumaat.


Sewaktu berumur 22 tahun, saya bekerja di Jusco Midvalley. Jusco membenarkan staf Muslim menunaikan solat fardu. Namun untuk solat Jumaat, staf lelaki Muslim dalam jabatan yang sama perlu bergilir-gilir untuk pergi ke masjid mengikut minggu.

Contohnya kalau minggu ini saya pergi masjid, minggu depan saya tak boleh ke masjid kerana memberi giliran kepada staf lelaki lain pula dalam jabatan yang sama. Tapi itu sewaktu saya bekerja sekitar 2008. Mungkin sekarang polisinya sudah berubah.



2009, saya bekerja di Häagen Dasz KLCC. Staf dibenarkan menunaikan solat fardu. Namun tidak membenarkan staf lelaki Muslim pergi ke masjid pada hari Jumaat. Sekarang, saya tak pasti mungkin sudah dibenarkan.

Lastly, 2010 saya bekerja dengan agen jualan tiket AirAsia di KL Sentral. Mulanya mereka benarkan saya menunaikan solat Jumaat. Tetapi ada yang bertanya kenapa terlalu lama 'menghilang' dari jam 1 - 2.15 petang. Saya terangkan satu persatu bagi management bukan Islam faham. (Masjid jauh dan perlu naik LRT)

Kemudian, management itu persoalkan lagi kenapa terlalu banyak solat. Pukul 2pm solat, 5pm solat dan 7.30pm pun lagi. Sampai kena marah dan disuruh buat pertimbangan untuk bekerja atau berhenti.

Alasannya, masa saya banyak 'keluar' bersolat. Saya akhirnya berhenti.


Apa yang saya nak kongsi ialah, kebanyakan sektor membabitkan pasaraya, urusan kaunter dan khidmat pelanggan yang saya sebutkan itu sebenarnya tidak mengamalkan dasar kebebasan beragama dan mengamalkan agama masing-masing secara bebas.

Kenapa selepas 57 tahun merdeka, masih ada syarikat atau sektor pekerjaan yang mengenakan syarat mengarut kepada Muslim untuk bekerja. Contohnya larangan memakai hijab untuk bekerja.


On top of that, kenapa SUHAKAM atau badan berkaitan termasuk kerajaan tidak memantau perkara ini? Adakah tiada laporan dibuat? Ataupun tiada pemantauan?

Sedih bila melihat staf Muslim hanya meminum seteguk air di kaunter cashier ketika berbuka puasa kerana tugas dan tidak dibenarkan 'braek' untuk iftar.

Mereka perlu tunggu sehingga 10 atau 10.30 malam untuk menjamah makanan berbuka. Kita di tahun 2014 dan ia masih berlaku.

Di mana silapnya kita? 



Artikel dipetik daripada FB Khairil Amri Tajuddin TV Alhijrah.

Sedih apabila masih terdapat banyak kes pekerja Islam yang tidak bebas beribadat dan menurut perintah agama di sebuah negara Islam. Negara kita sudah berusia 57 tahun tapi masih ada orang Islam yang tidak dapat melaksanakan ibadah solat kerana tidak dibenarkan oleh majikan.

Seringkali juga berlaku di syarikat2 swasta apabila seorang wanita berpakaian seksi dan tidak menutup aurat ke tempat kerja, ia dibenarkan, namun apabila seorang wanita muslim bertudung atau memakai niqab, ada majikan yang tidak benarkan. Kenapa berlaku diskriminasi terhadap agama Islam sendiri di sebuah negara Islam?

Sayang sekali kita sering mendengar orang memperjuangkan kebebasan hak asasi manusia, tapi tiada pula kedengaran orang memperjuangkan kebebasan untuk orang Islam mengamalkan kepercayaan mereka di tempat kerja.

Sekali lagi, di mana silapnya kita? 




tags: pekerja kaitangan islam muslim muslimah tidak bebas beribadat lakukan amalan menurut perintah agama laksanakan tanggungjawab fb facebook khairil amri tajuddin tv alhijrah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Assalamualaikum...
Tak,kan bace je kot komen lah sikit..
sikit pon jadilah..

TINGGALKAN MESEJ ISLAM ANDA DI BAWAH..

SYUKRAN JAZILAN.. ^_^

TAK KAN BACA JE,KOMEN LA SIKIT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...