alt/text gambar

iklan

iklan

Senin, 18 Agustus 2014

Bayi Ajaib Lahir Selepas Ibu Meninggal Dunia 2 Hari

Seorang "bayi ajaib" lahir dari jenazah ibunya yang telah meninggal selama 2 hari telah menggemparkan dunia perubatan. Jika difikirkan secara logik, bagaimana kejadian sebegini boleh berlaku?


Tidak pernah terbayang didalam fikiran Mahmoud Solaiman, 29, yang merupakan ayah kepada "bayi ajaib" perkara ajaib seperti ini akan berlaku keatas dirinya. Perasaan beliau masih lagi dilanda kesedihan bercampur aduk dengan kebahagiaan yang sangat luar biasa.



Manakala isterinya pula, Jayne Soliman 41, meninggal dunia akibat dysfunction otak memberikannya seorang bayi kecil yang cantik setelah Jayne meninggal 2 hari sebelumnya dengan bantuan pembedahan cesar.

Menurut info Mahmoud, dalam masa kehamilan isterinya, Jayne tidak pernah merasakan apa jua masalah pada diri beliau mahupun bayinya. Namun ketika usia kehamilannya 25 minggu, Jayne dilaporkan mengalami sakit kepala yang kuat dan jatuh pengsan. Jayne dihantar ke Hospital John Radcliffe Hospital Oxford. Setelah 2 jam berada di hospital, pasukan doktor mengesahkan bahawa nyawa Jayne Solaiman tidak dapat diselamatkan lagi.



Pasukan doktor mencuba sedaya upaya agar jantung Jayne tetap kembali berdenyut. Walaupun usaha itu tidak dapat membantu nyawa Jayne, tapi usaha itu dilakukan bagi si bayi yang ada di dalam rahimnya agar si kecil itu dapat diselamatkan.

Para doktor juga telah memberikan 2 dos besar steroid sehingga jantung bayinya boleh berkembang dan selepas dua hari pasukan doktor bekerja keras akhirnya Aya si bayi ajaib itu boleh diangkat keluar melalui pembedahan cesar.



Setelah pasukan doktor berjaya mengangkat bayi dari rahim Jayne, si bayi kecil itu di letakkan di bahu ibunya untuk memberi mereka masa bersama sejenak dan kemudiannya Aya dibawa ke unit rawatan intensif.

Nama Aya yang diberikan oleh si ayah diambil dari bahasa arab yang bererti keajaiban. Kebetulan juga, itulah nama yang ingin diberikan si ibu, Jayne, ketika dia masih hidup.



Semoga Aya mampu untuk terus hidup dan berbangga dengan apa yang telah beliau alami ini.

Sumber oopsshmedia.blogspot.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Assalamualaikum...
Tak,kan bace je kot komen lah sikit..
sikit pon jadilah..

TINGGALKAN MESEJ ISLAM ANDA DI BAWAH..

SYUKRAN JAZILAN.. ^_^

TAK KAN BACA JE,KOMEN LA SIKIT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...