alt/text gambar

iklan

iklan

Rabu, 20 Agustus 2014

Geralan Keganasan (Terrorism) Yang Berhasil

Sejarah keganasan yang direkodkan bermula pada tahun pertama masihi lagi. Di mana orang-orang yahudi menentang pendudukan Rom di Judea. Satu lagi contoh adalah kumpulan Hashashin di Parsi pada kurun ke 11 masihi. Perkataan assassin berasal dari kumpulan ini. Sejarah awal keganasan hanya melibatkan pembunuhan pembesar atau ahli politik sebagai satu bentuk protes.
Terdapat kejayaan terhasil daripada gerakan keganasan. Oleh kerana opresi yang dikenakan British, penduduk Ireland bangun menentang mereka. Irish Republican Brotherhood ditubuhkan bagi menentang Britain secara subversif. Mereka merupakan kumpulan pertama yang menggunakan bom jangka masa. Tujuan mereka adalah mencipta ketakutan kepada penduduk Britain bagi menyatakan perjuangan mereka untuk kebebasan Ireland. 
Selepas kumpulan ini ditumpaskan, ia menjadi inspirasi untuk pembentukan IRA. Dalam salah satu siri serangan mereka, IRA berjaya menyerang 300 balai polis secara serentak. Selepas beberapa tahun serang menyerang, Bristish memerdekakan Ireland pada tahun 1921.
Pembentukan Israel juga melibatkan kegiatan keganasan. Kumpulan Hanagah dibentuk bagi menentang pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi di Hebron oleh Arab Palestin. Mereka juga menentang Bristish yang menduduki Palestin. Selepas beberapa siri perbincangan, Hanagah bertukar menjadi sebuah kumpulan politik dan berkompromi dengan British.
Pecahan daripada Hanagah yang tidak berpuas hati dengan kompromi itu membentuk kumpulan Irgun. Satu kumpulan yang lebih agresif. Mereka merupakan orang pertama yang membuat serangan terhadap orang ramai dengan meletupkan bom di sebuah pasar arab palestin. 
Untuk menentang kawalan yang dikenakan British terhadap kemasukan orang-orang Yahudi ke Palestin, mereka mengebom sebuah hotel yang diduduki rakyat British di Palestin. Membunuh 91 orang.
Kemudian kumpulan ini berubah menjadi sebuah parti politik yang diberi nama Likud. Likud sekarang dipimpin oleh Benyamin Netanyahu.
Satu lagi pecahan kumpulan Hanagah ialah kumpulan Lahi (Freedom Fighters of Israel). Serangan keganasan dilakukan bagi menentang British dan juga kompromi yang dilakukan kumpulan Hanagah.
Seperti yang kita ketahui, selepas perang dunia ke-2, negara Israel dibentuk dengan bantuan Amerika Syarikat. Negara Israel terbina pada tahun 1948, selepas negara-negara Arab berjaya ditumpaskan mereka dengan bantuan Amerika Syarikat. Pembentukan Israel tidak akan terjadi tanpa penentangan dalam bentuk keganasan yang mereka lakukan sebelum ini.
-----------------------------------------------------------------------------
Seperti contoh di atas, terdapat gerakan keganasan yang berjaya. Saya tidak berapa sokong sangat dengan keganasan. Ada cara lebih bertamadun untuk menyelesaikan sesuatu konflik. Tapi mungkin pendapat saya terlalu naif. Apabila seseorang itu terjerut, mereka akan lakukan apa sahaja untuk menentang. Oleh kerana tiada kuasa ketenteraan yang kuat, keganasan digunakan untuk menyatakan penentangan mereka.
Lagi satu, tentang 15 rakyat Malaysia yang berjihad di Syria, saya tidak akan panggil mereka sebagai pengganas. Bagi saya mereka berlawan dengan tentera. Untuk mempertahankan orang ramai yang ditindas. Bukan membuat serangan untuk menimbulkan ketakutan. 
Sedangkan negara-negara yang Sunni yang kaya raya dan mempunyai kuasa ketenteraan hanya berpeluk tubuh, mereka mengambil inisiatif sendiri untuk menentang dan membela manusia yang ditindas.

Syahid atau tidak saya tak boleh nak cakap. Ilmu agama saya tak tinggi, biar Allah yang tentukan.
 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Assalamualaikum...
Tak,kan bace je kot komen lah sikit..
sikit pon jadilah..

TINGGALKAN MESEJ ISLAM ANDA DI BAWAH..

SYUKRAN JAZILAN.. ^_^

TAK KAN BACA JE,KOMEN LA SIKIT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...