1. "Jangan malu untuk berubah ke arah kebaikan, kerana yang pandang kita adalah Allah. Para malaikat turut mendoakan sejahteraan hidup kita. Jangan takut untuk melangkah kehadapan, kerana yang ada dihadapan adalah Syurga yang menunggu kita. Insya Allah, walaupun sebesar mana dosa kita, Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi."
2. "Berimanlah kerana iman boleh menghilangkan keresahan dan melenyapkan kegundahan. Keimanan adalah penyejuk mat
a hati orang-orang yang mengEsakan Allah dan hiburan bagi orang-orang yang suka beribadah."
3. "Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak."
4. "Apa yang telah berlalu, biarlah ianya berlalu. Dan apa yang telah pergi, biarlah binasa. Jangan anda fikirkan apa yang telah berlalu, kerana ia telah pergi dan lenyap."
5. "Buku adalah sahabat yang terbaik. Bergaullah dengan buku. Bersahabatlah dengan ilmu dan bertemanlah dengan ma'rifah (pengetahuan)."
6. "Jangan membenci mereka yang mengatakan hal buruk untuk menjatuhkanmu, kerana merekalah yang buatmu semakin kuat setiap hari."
7. "Kebanyakan kita hanya sedar diri dilimpahi nikmat apabila nikmat itu telah hilang. Syukurilah nikmat yang terhidang sebelum ia hilang tanpa bayang."
8. "Hidup tanpa mempunyai tujuan sama seperti layang-layang putus, miliki tujuan dan percayalah anda dapat mencapainya."
9. "Jadilah seorang dermawan, sebab sikap dermawan akan membahagiakan dan melapangkan dada anda. Sedangkan orang yang bakhil, dadanya sempit, hatinya gelap dan fikirannya kotor."
10. "Hiduplah bersederhana dan jauhi semua hidup berfoya-foya, pemborosan dan berlebih-lebihan. Sebab setiap kali badan diajak berfoya-foya maka jiwa akan semakin terhimpit."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Assalamualaikum...
Tak,kan bace je kot komen lah sikit..
sikit pon jadilah..
TINGGALKAN MESEJ ISLAM ANDA DI BAWAH..
SYUKRAN JAZILAN.. ^_^