alt/text gambar

iklan

iklan

Senin, 16 Desember 2013

Hukum Wanita Memakai Purdah

purdah3

Dalam tafsiran ayat 31 surat An-Nur, Imam AT-Tobari telah berkata : ” Pendpaat yang paling paling benar yang mengatakan bahawa perhiasan wanita yang zahir yang boleh ditunjukkan ialah muka dan tapak tangan. Ia termasuklah celak, cincin, gelang dan inai.”
Imam Al-Jassas dalm mazhab Hanafi telahberkata : Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, yang mengatakan maksud ayat 31 surah An-Nur ” sesungguhnya muka dan tapak tangan , inai dan celak termasuk dalam perhiasan zahir yang boleh ditunjukkan.

Imam Abu Bakar bin Al-Arabi dari mazhab Maliki telah berkata katika mentafsirkan ayat yang sama, ” Perhiasan zahir yang dibenarkan untuk ditunjukkan ada dua bahagian iaitu perhiasan zahir yang asal dan yang dibuat. Perhiasan zahir yang asal ialah mukanya yang asal bagi kecantikan dna keelokan semula jadi. Perhiasan yang dibuat adalah apa yang cuba dilakukan wanita untuk mengelokkan kejadiannya seperti pakaian, barnag kemas, celak dan inai.
Manakala dalam ayat yang sama, Ibnu Kathir dari mazhab Syafie menyatakan, ” Berkemungkinan Ibnu Abbas dan orang yang mengikutinya telah mentafsirkan ayat “Melainkan perhiasan yang zahir (boleh ditunjukkan).” Adalah muka dan tapak tangan.
Syed Muhammad Zaki Ibrahim berkata, ” Menutup muka dengan niqab yang menutup semua muka adalah perkara yang bukan wajib dan bukan sunat yang kuat tetapi ia adalah hanya perasaan dan emosi peribadi sahaja.” Dan Imam At-Tohawi dari mazhab Hanafi berkata, ” Ditegah wanita muda mendedahkan muka kerana ditakuti fitnah, bukan kerana ianya aurat.”
Al-Qaduri dari Mazhab Hanafi telah berkata, ” Dan haram seorang lelaki memandang perempuan yang bukan mahram melainkan muka dan tapak  tangan. ” Manakala Ad-Dirdiri dari mazhab Maliki  telah berkata, ” Aurat perempuan yang merdeka bersama lelaki yang bukan mahran adalah semua kecuali muka dan tapak tangan. Dan Imam Kauthari r.a berkata, ” Pendapat ulama yang mengharuskan menunjukkan muka dalaha sekiranya tidka timbulfitnah.”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Assalamualaikum...
Tak,kan bace je kot komen lah sikit..
sikit pon jadilah..

TINGGALKAN MESEJ ISLAM ANDA DI BAWAH..

SYUKRAN JAZILAN.. ^_^

TAK KAN BACA JE,KOMEN LA SIKIT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...