alt/text gambar

iklan

iklan

Minggu, 22 Desember 2013

GEMPAR!! Lebih 50 Al-Quran Ditemui Dibuang Dalam Pembetungan

Lebih 50 Al-Quran Ditemui Dibuang Dalam Pembetungan. Lebih 50 al-Quran ditemui di dalam sistem pembetungan di bandar Taif dalam satu insiden menggemparkan
 Mashaa Allah. RIYADH – ARAB SAUDI. Lebih 50 al-Quran ditemui di dalam sistem pembetungan di bandar Taif dalam satu insiden menggemparkan di Arab Saudi.
Menurut jurucakap Suruhanjaya Kebajikan dan Pencegahan Maksiat, kejadian itu dilaporkan oleh seorang pelajar tempatan yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di daerah Al-Salama.
Susulan daripada itu, pihak berkuasa bertindak segera menghubungi bomba untuk membuka saluran sistem pembetungan tersebut sebelum menemui puluhan al-Quran terbabit.
Media tempatan melaporkan gambar penemuan al-Quran yang telah dikoyakkan sebelum dibuang ke dalam sistem saliran itu turut menjadi perbualan hangat di kebanyakan laman sosial dan ia disifatkan sebagai perbuatan biadab individu tidak bertanggungjawab.
Difahamkan, laporan dipetik dari Press TV, insiden sama pernah dilaporkan pernah berlaku pada awal tahun lalu dan ia telah mencetuskan kemarahan banyak pihak kerana kejadian tersebut berlaku di sebuah negara Islam. – Sumber
Semoga mereka mendapat pembalasan yang setimpal di dunia mahupun di akhirat kelak!


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Assalamualaikum...
Tak,kan bace je kot komen lah sikit..
sikit pon jadilah..

TINGGALKAN MESEJ ISLAM ANDA DI BAWAH..

SYUKRAN JAZILAN.. ^_^

TAK KAN BACA JE,KOMEN LA SIKIT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...