Keprihatinan terhadap rakyat Palestin telah berkembang di seluruh dunia, bukan hanya semata-mata di dunia Islam.
Ia telah meningkat secara mendadak susulan beberapa siri peristiwa ngeri yang berlaku pada tahun ini di Negara Palestin.
Dengan perdebatan yang semakin meningkat tentang bagaimana orang ramai boleh membantu, ramai cendekiawan dan aktivis politik berkata cara terbaik ialah melalui boikot, penjualan dan sekatan (BDS). Kempen BDS meliputi semua produk Israel: Ia adalah satu taktik yang luas bertujuan untuk memberi tekanan kepada negara itu sendiri untuk berubah. Ia juga tertumpu khas kepada syarikat-syarikat yang benar-benar terlibat dalam membuat keuntungan besar daripada dasar penjajahan negara yang dilaknat itu. Syarikat-syarikat ini mungkin akan termasuk dalam pemulauan itu (BDS) tidak lama lagi!
1. Volvo
Syarikat gergasi automobil ini telah dikritik kerana membekalkan peralatan untuk meroboh dan meratakan rumah Palestin. Lebih menarik lagi, pengilang automobil dari Sweden ini juga memegang kepentingan 27% dalam Merkavim, bas yang digunakan untuk mengangkut tahanan Palestin ke dan dari penjara Israel!